OBJEKTIF PDK SERI BARINAH

Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.
Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PDK SERI BARINAH

Kemahiran motor kasar.
Kemahiran motor halus.

Perkembangan sosial.

Perkembangan bahasa.

Pengurusan diri sendiri.

Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.

Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.

Latihan Vokasional.

Terapi muzik.

Sukan dan rekreasi.

KONSEP PDK 'One Stop Centre''

PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK 'One Stop Centre'' :

  • Pusat Intervensi Awal OKU.
  • Pusat Sumber maklumat OKU.
  • Pusat Rujukan OKU.
  • Pusat Pendaftaran OKU.
  • Pusat Advokasi.


Sabtu, 22 Mei 2010

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SERI BARINAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WARNA WARNI SUKANEKA PDK SERI BARINAH

WARNA WARNI SUKANEKA PDK SERI BARINAH
Petugas PDK bersama pelajar PDKSB yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka tahunan peringkat Daerah Seberang Perai.

AKTIVITI FISIOTERAPI DI PDK SERI BARINAH

AKTIVITI  FISIOTERAPI  DI PDK SERI BARINAH
Petugas sedang menjalankan aktiviti fisio kepada seorang kanak - kanak OKU

AKTIVITI 3M (Membaca,menulis dan mengira)

AKTIVITI 3M (Membaca,menulis dan mengira)
aktiviti 3m tetap dijalankan di PDK mengikut tahap kemampuan murid murid OKU

AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI

AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI
Dengan kerjasama dari syarikat Bas Rapid Penang.Pelajar -pelajar PDK SB didedahkan serta diajar untuk menggunakan khidmat perkhidmatan bas awam. Murid -murid OKU ini mempelajari bagaimana cara untuk ke satu destinasi dengan menaiki bas Rapid Penang.Pengalaman ini memberikan banyak manfaat kepada murid OKU untuk bercampur dengan komuniti masyarakat.

SUKAN DAN REKREASI

SUKAN DAN REKREASI
Kesihatan fizikal tidak dilupakan, aktiviti riadah tetap dilakukan setiap pagi.

BENGKEL KUIH RAYA

BENGKEL KUIH RAYA
Sekiranya anda ingin membuat tempahan kuih raya sila berhubung dengan Penyelia Pn Mahani ( 017- 4528092 )

CERAMAH KESEDARAN KEIBUBAPAAN TENTANG ANAK OKU

CERAMAH KESEDARAN KEIBUBAPAAN TENTANG ANAK OKU
Penceramah Pn Fatimahsam Taib dari SMK Pmtg Tok Jaya memberikan tips dan nasihat yang berguna kepada para ibubapa dan petugas OKU di PDK SB

PENGLIBATAN SUKANEKA OKU PERINGKAT DAERAH

PENGLIBATAN SUKANEKA OKU PERINGKAT DAERAH
Pelajar OKU PDK SB sedang mengambil bahagian dalam acara lumba lari .Walaupun mempunyai kekurangan,semangat itu perlu dibanggakan.Tahniah.

JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI 2009 BERSAMA PN SRI FAWZIAH BEGUM (ISTERI TAN SRI NOR MOHAMED YAAKOB)

JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI 2009  BERSAMA PN SRI FAWZIAH BEGUM (ISTERI  TAN SRI  NOR MOHAMED YAAKOB)
Majlis jamuan aidilfitri bersama semua pelajar PDK Seri Barinah dan masyarakat setempat. Majlis ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Pn Sri Fawziah Begum bt Mohd. Abu Bakar. ( isteri Timbalan Menteri Kewangan ,Tan Sri Nor Mohd Yaakob, bertempat di Dewan Utama Sungai Dua ,Butterworth,Pulau Pinang

SOKONGAN DARI PENDUDUK SETEMPAT

SOKONGAN DARI PENDUDUK SETEMPAT
Kelihatan penduduk setempat memberi sokongan padu terhadap aktiviti -aktiviti yang dijalankan oleh PDK SB